amir's FotoPage

By: amir mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Jan-2009 11:43 Email | Share | | Bookmark
Percutian ke Pulau Pinang

Hostel Tempat Tidur
Bermandi-manda - sejuk giler
Aksi penerjun Olimpik
View all 12 photos...
"A vacation frequently means that the family goes away for a rest, accompanied by a mother who sees that the others get it"

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang jatuhnya pada isnin dan selasa (26&27 Januari 2009) adik beradik (tanpa keluarga Abang Chaq) berkumpul di rumah Siti kat Politeknik Kulim mulai sabtu (24 Januari 2009). Hari ahad, kami ke rumah Tok Bedah di Batu Uban dan Maksu Timah di Sungai Dua. Alhamdulilah, sihat lagi Tok Nek kami ini walaupun sukar untuk bergerak sebab sakit kaki. Round-round di Padang Kota dan terus ke Bukit Bendera, kononnya nak naik kereta kabel, malangnya tiket habis. Ubah rancangan dan terus ke Sungai Sadim, Kulim. Cantik sungai di sini dan malamnya kami tidur kat hostel, riuh rendah dengan kerenah anak-anak. Sesekali bercuti bersama terasa erat hubungan persaudaraan, moga yang jernih berkekalan dan yang keruh dibuang ketepi. Balik kampung makan laksa rumah Makcik Besah, mak saudara aku yang paling kerap buat laksa di Negeri Perak.


Saturday, 13-Dec-2008 03:57 Email | Share | | Bookmark
Sejarah Pokok Mangga Depan Rumah Ayah

Pokok Mangga Bersejarah
“We can live for years next door to a big mangga tree, honored to have so venerable a neighbor, even when it sheds needles all over our flowers or wakes us, dropping big cones onto our roof at still of night.”

Pokok mangga depan rumah ayah ini mungkin ratusan tahun umurnya. Mengikut ayah, masa tok nenek kami teroka tanah ini, pokok mangga ini dah sebesar yang ada sekarang. Masa aku kecik, buahnya sangat lebat dan manis. Pokok ini kiranya milik semua adik beradik sekeliling walaupun letaknya sebelah rumah ayah. Dulu kami adik beradik akan pasang pukat bawah pokok untuk elak buahnya pecah kalau jatuh atas tanah. Kumpul banyak-banyak, basuh dan jual kat kampung cina (Jalan Chee Wen), selalu anjing cina kejar aku ngan Amran bila pegi jual 10 biji 20 sen. Pesaing kami waktu kecik tu adalah Mak Eton sebab dia pun kutip jugak. Yang syoknya time angin kuat, beratus biji buah tu jatuh serentak. Time musim daun luruh pulak sampai tak larat nak sapu. Sekarang pokok ni dah sedikit tua dan buah pun tak sebanyak dulu. Lagipun budak-budak sekarang tak pandang buah mangga ni. Time aku dulu siap peram bawah galang rumah (rumah ada tangga) dan 3 hari baru makan, manis giler. Masa dalam tempoh ayah sakit dia ada buat simen untuk duduk di atas bonggolan akar mangga ni, cantik sangat ayah buat dan kekal sampai hari ni untuk buat tempat melepak dan masak-masak. Ada satu masa tu dalam 3 tahun lepas ada orang nak tebang untuk ambil kayunya, aku tak bagi. Mana boleh, pokok mangga ni penuh nostalgia dan merupakan ikon dan landmark serta peneduh rumah ayah. Kalau nak bagi petunjuk jalan, bagitau jer rumah Cikgu Non dekat pokok mangga besar, pasti semua orang tau. Main "polis sentri" time bulan puasa, pokok mangga inilah tempat menyorok yang utama.
"Membesarnya kami dibawah rendangmu, dewasanya kami dibawah redupmu"


Thursday, 11-Dec-2008 01:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Tahlil Pada 7 Disember 2008

kambing jantan bakal disembelih
kambing jantan sedang dilapah
kambing jantan dah jadi gulai
View all 11 photos...
"Any man can be a father, but it takes a special person to be a dad"

Pada 7 Disember 2008 (Ahad) iaitu sehari sebelum menyambut Hariraya Aidiladha 1429 Hijrah aku ada buat kenduri tahlil kecil-kecilan kat rumah ayah di kampung sempena niat dapat tawaran sambung belajar dan juga bagi mengingatkan anak-anak aku dan anak-anak saudara yang lain tentang betapa mereka ada pernah mempunyai seorang Tok Wan (Wan Lazim) dan Wan (ayah aku)yang sangat dikasihi oleh ayah-ayah mereka. Ramai sedara mara yang hadir berserta orang kampung. Beras 20 kilo dan kambing jantan besar seekor yang dibeli dari Pakcik Hasan dengan harga RM400 (selepas diskaun, harga sebenar dekat RM700 rasanya). Lain-lain menu seperti jelatah, ikan belanak masin, ulam-ulaman, masak lemak udang campur kacang buncis, kuih tepung pelita dan juga sambal tumis ikan kembung. Meriah majlis ini walaupun sang lalat banyak berkeliaran.


Tuesday, 18-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sekitar konvokesyen Tadika Angah

Tahniah...Sarjana Muda Ultraman Dyna
Bersama Kak Jah - Pengusaha Tadika
Syahmi dan cikgunya. Cikgu Shila dan Yana
View all 6 photos...
"education is not preparation for life; education is life itself"

Gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen Angah pada 16 November 2008 di Hotel Allison Klana, Nilai, Negeri Sembilan. Kecik-kecik dah merasa buat majlis kat hotel. Time aku dulu, hari terakhir tu hanya salam-salam dengan cikgu Amah jer, sijil pun takda rasanya. Zaman dah berubah dengan pantas, sekarang ni siap dengan komputer la, abacus, kaedah cepat membaca, mecam-macam lagi la. Aku dulu darjah 3 baru boleh membaca. Dah pandai baca, hari-hari pinjam buku cerita perang kat library macam "Jepun menawan Kelantan", "Jepun menawan Perak".....hari-hari baca cerita perang sebab time aku kecik dulu ada cerita "Combat" yang hero dia Vic Moro ke kalau tak silap. Cita-cita aku dan kawan-kawan semuanya nak jadi askar bila besar. Time tu kerja askar glamer giler, habis anak dara cantik-cantik kampung aku kawin ngan askar macam Kak Liah, Makndak Aziah dan lain-lain.


Monday, 17-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Hari Sukan Taska Syahmi dan Tadika Angah

 
 
 
View all 8 photos...
"Childhood is the most beautiful of all life's seasons"

Gambar-gambar sekitar hari sukan Taska Syahmi dan Tadika Angah tahun 2008. Angah asyik merungut sebab kawannya si Rashidah dapat hadiah lebih dari dia. Tak sangka yang si Syahmi boleh masuk acara-acara dan buat ikut arahan.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu, mana ada macam nie semua. Masa tu Cikgu Amah (arwah) Cikgu Tadika kat Dewan Bt.17. Balik sekolah atau cuti sekolah, kerja aku melastik burung, mandi parit belakang rumah ayah, tangkap ikan sepilai (ikan laga) kat tanah Pak Kasim dan Njang Melah, cari kelapa tanah Mail Kucing (dah jual pada cina) dan Ah Guan (curi kelapa dia kemudian jual kat dia balik....hehehhehe). Kerja aku cari duit dengan jual kelapa dan jual kura-kura kat cina bongkok sebab nak beli mainan kat Hadi (adik). Mengapa Hadi?....nanti kuceritakan


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net